BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 29, 2014

Kagum

Salam pembaca budiman! Bagaimana dengan hari anda? Gembira dengan amal  kamu semua? Fuhh..

       hiasan semata. Sungguh..

Jadi hari ni nak release segala kekagumanku pada sahabat-sahabat yg mungkin selama ni nampak seperti pasif dan tak bermaya. Macam perlukan Snickers gitu, eh? Teringat kenangan mukhayyam Form 5 yg sangat best dan osem namun ada mulut2 yg kata banin ni tak proaktif langsung. Sejujurnya diri ini pon rasa begitu. Seperti sorang2 je yang nak kena jawab. Tapi hari ini..

Haybatt mereka. Hammasah. Ibarat singa yg kelaparan ingin membaham kuda belang yang sedang bergosip dengan kawanannya. Hm? Setiap hari ada je aktiviti yang ingin disertai. 

Kredit besar buat seorang sahabat yang agak rapat ketika di asrama dulu. Orang Shah Alam, tapi Johor ni dah mcm nak ke tandas je. Apa2 program yang boleh join akan cbe untuk turun. Bile bab dhuha dia antara orang yang paling syadid. 

Kekaguman luar biasa ini membuatkan aku terfikir apakah aku sudah cukup amalku untuk islam? Haih.. Sungguh. Lemahnya diri ini. 

Hashtag. Doa. Buat. Saudara. Mesirku. 

Sunday, April 27, 2014

Come back from The Cave..

Salam kpd pembaca (kalau ada yg mmbaca). Selepas beberapa ketika memikirkan keadaan diri yg bosan dek kerana dh tak de keje, maka adalah patik ingin meneruskan kembali usaha menulis blog. Mungkin sebagai satu diari yg boleh dijadikan ibrah buat semua pembaca.  Ceh! Ini merupakan satu permulaan yg baru utk kisah yg baru. Abaikan penulisan lamaku yg byk kopi dan pasta shj.. Nntkan kemunculan post2 yg hmm mungkin pendek2 je. Ehhe? Sekian.